Candu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Candu ialah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks yang terhasil daripada menghancurkan lenggai-lenggai benih popi candu (Papaver somniferum) yang mentah. Candu mengandungi sehingga 16% morfin, sejenis alkaloid opiat yang paling banyak diproses secara kimia untuk menghasilkan heroin untuk penjualan dadah haram. Damarnya juga mengandungi kodeina dan alkaloid bukan narkotik, seperti papaverine dan noscapine.
Penanaman popi candu untuk makanan, anestesia, dan uapcara keagamaan dipercayai mula sejak Zaman Neolitik. Tamadun-tamadun Sumeria, Assyria, Mesir, Minoan, Yunani, Rom, Farsi dan Empayar Arab masing-masing menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bentuk lega nyeri paling berkesan yang ada, membolehkan pakar bdah kuno untuk melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan.
|
|