Burung Sekendi Kepala Hitam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Burung Sekendi Kepala Hitam | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
Burung Sekendi Kepala Hitam (bahasa Inggeris: Black-headed Ibis) ialah salah satu spesies burung randuk daripada famili Threskiornithidae yang membiak di bahagian selatan Asia dari India dan Sri Lanka ke Jepun. Nama sainsnya Threskiornis melanocephalus.
Burung Sekendi Kepala Hitam membina sarang daripada dahan-dahan di atas pokok dan mengeluarkan dua hingga empat biji telur. Burung ini biasa terdapat di tanah lembap daratan yang berpaya serta di pantai, dan makan berbagai-bagai jenis ikan, katak, dan haiwan air yang lain, serta serangga.
Panjang burung dewasa biasanya sehingga 75 sentimeter, dengan warna kelabu di beberapa bahagian sayapnya. Kepala yang tidak berbulu, dan leher serta kaki burung ini berwarna hitam. Paruh yang lengkok dan tebal berwarna kuning muram. Kedua-dua jantina burung dewasa kelihatan sama sahaja, tetapi warna leher untuk anak burung ini adalah lebih putih dan paruhnya berwarna hitam.
[sunting] Rujukan
- BirdLife International (2006). Threskiornis melanocephalus. Senarai Merah IUCN 2006 untuk Spesies Terancam. IUCN 2006. Dimuat turun pada 11 Mei 2006. Kemasukan pangkalan data termasuk alasan ringkas tentang mengapa spesies ini hampir terancam.
- Grimmett, Inskipp and Inskipp; Birds of India (Burung-burng India). ISBN 0-691-04910-6