Blood+
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Blood+ | |
![]() |
|
ブラッドプラス (Blood+) | |
Genre | Seram Aksi Drama Seinen Misteri Cinta |
Anime TV: Blood+ | |
---|---|
Diarah oleh | Jun'ichi Fujisaku |
Studio | Production I.G |
Rangkaian | ![]() ![]() ![]()
|
Siaran pertama | 8 Oktober 2005 – 23 September 2006 |
Bilangan episod | 50 |
Berkaitan | |
Blood: The Last Vampire |
Blood+ (BLOOD+ Buraddo Purasu?, disebut sebagai "Blood Plus") merupakan sebuah siri anime, diterbitkan oleh Production I.G dan badan penerbitan anime Sony, Aniplex, juga merupakan sambungan kepada filem animasi 2000 yang berjudul Blood: The Last Vampire.
Siri ini disiarkan di Jepun menerusi saluran televisyen satelit Sony, Animax, juga saluran-saluran tempatan yang lain seperti MBS, TBS dan RKB dari 8 Oktober, 2005 sehingga 23 September, 2006. Siri ini juga disiarkan melalui internet untuk pengguna-pengguna Jepun oleh AII.co.jp.
Blood+ telah dilesenkan untuk pengedaran antarabangsa di beberapa kawasan, termasuk Amerika Utara oleh pengedar filem antarabangsa Sony, Sony Pictures Television International (SPTI). Blood+ disiarkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia oleh rangkaian saluran Animax.
