Aurangzeb
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Aurangzeb adalah salah seorang daripada anak-anak Shah Jehan. Seorang ulama terkenal bernama Syeikh Ahmad telah berusaha untuk memulihkan ajaran agama Islam yang telah dirosakkan oleh Akbar. Ajaran Syeikh Ahmad banyak mempengaruhi Aurangzeb dan inilah yang menjadi faktor utama Aurangzeb mempunyai pegangan Islam yang kuat.
[sunting] Jasa-jasa
- Menyatupadukan kembali seluruh daerah yang sudah lemah.
- Empayar Moghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.
- Menghapuskan saki baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara Shikuh.
- Mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Islam kerana dasar-dasarnya hendak mengukuh dan menegakkan Islam, hingga timbul anggapan terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.
- Mengadakan satu jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum muslimin.
- Mengharamkan judi, arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina dan diperbaiki tempat-tempat ibadat.
- Mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan Islam lain, dan mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiah.
- Menyusun Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari Syeikh Ahmad.