Ajinomoto
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah mengenai syarikat Ajinomoto. Untuk keluaran perasanya, sila lihat rencana Monosodium glutamat (MSG).
Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社 Aijinomoto Kabushiki-gaisha?) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.
Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan cepatnya berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto Amerika Syarikat, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari masa itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang tersebar ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan.
Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.
Senarai kandungan |
[sunting] Perbalahan
Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.[1] [2] Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.
[sunting] Pengkomplotan penetapan harga lisina
Ajinomoto merupakan salah satu ahli kartel penetapan harga lisina pada pertengahan dekad 1990-an. Bersama-sama dengan Kyowa Hakko Kogyo, dan Sewon America Inc., Ajinomoto menyelesaikan perkara ini dengan Bahagian Antitrust Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada September 1996. Setiap syarikat dan seorang eksekutif daripada syarikat masing-masing mengaku salah sebagai sebahagian persetujuan rayuan untuk membantu penyiasatan lanjut. Kerjasama mereka menghasilkan penyelesaian dengan Archer Daniels Midland pada bulan Oktober 1996 sebanyak AS$100 juta yang merupakan denda antitrust yang tertinggi ketika itu. [1] Kartel tersebut dapat meningkatkan harga lisina sebanyak 70% dalam tempoh kerjasama sembilan bulan yang pertama. [2]
[sunting] Anak syarikat
- Ajinomoto Amerika Syarikat, Inc. ialah sebuah anak syarikat milik penuh Ajinomoto Co., Inc.
- Ajinomoto AminoScience LLC ialah sebahagian anak syarikat Ajinomoto Amerika Syarikat, Inc. yang membekalkan keluaran asid amino dan perkhidmatan kepada sebilangan industri pengeluaran dan penyelidikan. [3]
Di United Kingdom, perasa monosodium glutamat Ajinomoto dikeluarkan melalui Britannia Pharmaceuticals Limited, sebuah anak syarikatnya di United Kingdom.
[sunting] Pautan luar
[sunting] Rujukan
- ↑ Meredith E. B. Bell dan Elena Laskin, Pencabulan Antitrust, 36 Am. Crim. L. Rev. 357
- ↑ James M. Griffin, Timbalan Penolong Peguam Negara, Bahagian Antitrust, Jabatan Keadilan: Rancangan Kelonggaran Moden Selepas Sepuluh Tahun: Gambaran Keseluruhan Ringkas tentang Rancangan Penguatkuasaan Jenayah Bahagian Antitrust, 12 Ogos 2003
- ↑ Laman web Ajinomoto AminoScience, Dicapai pada 18 November 2005.