7 Januari
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Januari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2008 |
7 Januari merupakan hari ketujuh dalam kalendar Gregory. Tinggal 358 hari (atau 359 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari Krismas untuk agama Kristian dalam takwim Julius.
[sunting] Peristiwa
- 1558 - Francis, Duke Guise menawan semula Calais, kawasan benua milik England yang terakhir, untuk Perancis.
- 1610 - Galileo Galilei mencerap satelit-satelit Musytari Io (gambar), Europa dan Callisto melalui teleskopnya.
- 1785 - Jean-Pierre Blanchard dari Perancis dan John Jeffries dari Amerika Syarikat menjadi orang pertama untuk menyeberangi Selat Inggeris menggunakan belon.
- 1927 - Panggilan telefon rentas Atlantik yang pertama dibuat dari bandar raya New York ke London.
- 1975 - OPEC mengurangkan pengeluaran, menyebabkan harga minyak mentah naik 10 peratus.
- 1979 - Phnom Penh ditawan oleh Angkatan Tentera Darat Rakyat Vietnam, menamatkan rejim Kemboja Demokratik dengan berkesan.