31 Oktober
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Oktober 2008
31 Oktober merupakan hari ke-304 (hari ke-305 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 61 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari Halloween.
[sunting] Peristiwa
- 1517 - Mengikut kisah tradisional, Martin Luther memaku Tesis 95nya di pintu sebuah gereja di Wittenberg, Germany, menandakan permulaan Reformasi Protestan.
- 1922 - Benito Mussolini menjadi Premier paling muda dalam sejarah Itali pada umur 39.
- 1941 - Gutzon Borglum dan 400 pekerja menyiapkan patung raksasa Presiden AS George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln di Gunung Rushmore (gambar).
- 1984 - Perdana Menteri India Indira Gandhi dibunuh oleh dua pengawal peribadinya. Rusuhan kemudiannya berlaku di New Delhi.
- 2003 - Selepas 22 tahun berkuasa, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia.