29 Julai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Julai 2008
29 Julai merupakan hari ke-210 (hari ke-211 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 155 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Ólavsøka di Kepulauan Faroe.
[sunting] Peristiwa
- 1030 – Raja Olaf II (gambar) bertempur dan maut dalam Perang Stiklestad ketika mencuba memperoleh semula takhta Norwaynya daripada orang Denmark.
- 1907 – Gerakan Pengakap bermula dengan perkhemahan pengakap pertama di Pulau Brownsea, Dorset, England.
- 1947 – ENIAC, komputer digit eletronik pertama di dunia, dipasang; komputer ini beroperasi secara berterusan sehingga 2 Oktober 1955.
- 1954 – Persahabatan Cincin (The Fellowship of the Ring), bahagian pertama untuk Penguasa Cincin (The Lord of the Rings), diterbitkan di United Kingdom.
- 1957 –- Agensi Tenaga Atom Antarabangsa diasaskan.