23 November
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim November 2008
23 November merupakan hari ke-327 (hari ke-328 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 38 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kesyukuran Buruh di Jepun
- Hari St George di Georgia
- Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (2006).
[sunting] Peristiwa
- 1644 - John Milton menerbitkan Areopagitica, mengemukakan alasan untuk kebebasan bersuara dan menentang penapisan penerbitan semasa Perang Saudara Inggeris.
- 1869 - Cutty Sark (gambar), salah satu kapal layar terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1971 - Republik Rakyat China pertama kali duduk di kerusi tetap China di Majlis Keselamatan PBB.
- 1985 - Omar Rezaq dan dua lagi dari kumpulan militan Abu Nidal merampas Penerbangan 648 EgyptAir di atas Laut Mediterranean.
- 2003 - Revolusi Ros: Eduard Shevardnadze meletakkan jawatan sebagai Presiden Georgia selepas bantahan besar-besaran yang mempertikaikan keputusan pilihan raya.