18 Julai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Julai 2008
18 Julai merupakan hari ke-199 (hari ke-200 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 166 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
[sunting] Peristiwa
- 64 - Kebakaran Agung Rom tidak dapat dikawal, sedangkan Nero, Maharaja Rom, dilaporkan bermain lyre dan bernyanyi semasa menonton kebakaran dari jarak yang selamat.
- 1863 - Perang Saudara Amerika Syarikat: Infantri Sukarelawan Massachusetts ke-54, unit tentera rasmi Amerika-Afrika yang pertama, bertempur buat pertama kali dalam pertempurannya dengan angkatan tentera Gabungan di Kubu Wagner.
- 1925 - Adolf Hitler menerbitkan Mein Kampf, manifesto peribadinya.
- 1944 - Jeneral Tōjō Hideki (gambar) terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia II.
- 1982 - Angkatan tentera Guatemala dan separa tentera bersekutu membunuh melebihi 250 kampesino Maya dalam Pembunuhan beramai-ramai Plan de Sánchez.