10 Julai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Julai 2008
10 Julai merupakan hari ke-191 (hari ke-195 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 174 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973)
- Hari Peringatan Kebangsaan di Ireland (2005).
[sunting] Peristiwa
- 48 SM - Perang Dyrrhachium: Julius Caesar hampir tidak dapat mengelakkan kekalahan yang membawa bencana oleh Pompey di Macedonia.
- 1584 - William si Senyap (gambar), Putera Orange, dibunuh di rumahnya di Delft, Holland oleh Balthasar Gérard.
- 1913 - Lembah Kematian (Death Valley), California mencapai 134 °F (~56.7 °C), suhu tertinggi yang dicatatkan di Amerika Syarikat (sehingga 2004).
- 1985 - Selepas keributan yang ditimbulkan oleh penukaran formula kola, Coca-Cola memperkenalkan semula formula lama sebagai "Coca-Cola Classic."
- 1998 - Skandal penganiayaan seks paderi Katolik: Kawasan uskup Dallas bersetuju untuk membayar AS$ 23.4 juta kepada sembilan orang bekas pembantu paderi yang menuntut bahawa mereka telah dianiayai secara seks oleh bekas paderi Rudolph Kos.